Umno perlukan reformasi struktural


Lapan hari lagi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2009. Para perwakilan akan memilih pucuk pimpinan tertinggi parti yang akan menentukan nasib UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRU13.

Tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Mohd. Ali Rustam belum pasti mendorong para perwakilan untuk memilih pemimpin mereka berdasarkan merit. Kesetiaan sesetengan perwakilan kepada seseorang calon pilihan mereka atas motivasi material sukar untuk dikikis dalam keadaan sekarang. Ini kerana sesetengah perwakilan telah bergolok bergadai di peringkat bahagian masing-masing untuk dipilih ke PAU supaya mereka berpeluang menjajakan undi mereka kepada pihak yang menawarkan ganjaran yang paling tinggi.

Saya pernah menjadi perwakilan ke PAU daripada 1984 hingga 2003 — selama 19 tahun berturut-turut. Pada tahun 1992 saya diberi peluang oleh Perhubungan UMNO Johor untuk membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO. Tema ucapan saya adalah sindrom lupa sejarah atau historical amnesia syndrome. Saya huraikan, kalau orang UMNO ketika itu sudah tidak mahu melihat ke belakang untuk menjadikan sejarah perjuagan bangsa sebagai cermin dan iktibar kepada perilaku semasa masing-masing, saya bimbang UMNO ahirnya akan punah.

READ MORE HERE



Comments
Loading...