Usaha Menghalau Hantu


Parlimen pada 16 Mac telah melihat usaha sia-sia pihak BN untuk menghalau hantu Altantuya yang terus menghantui TPM. YB Geobind Singh Deo telah digantung selama dua belas bulan tanpa gaji, tetapi tindakan ini sebenarnya tidak akan menyelesaikan apa-apa kerana bukan dia punca masalahnya.

Malahan, dengan memberikan penonjolan kepada isu ini dengan mengambil tindakan sebegitu rupa terhadap beliau, isu Altantuya akan terus ada ‘hantu’nya.

BN, melalui majoriti mereka di Parlimen, boleh mengusir YB Geobind dan menghalang dia kembali ke Parlimen selama setahun. Namun kekuatan majoriti yang sama tidak akan mungkin mampu mengubah persepsi rakyat terhadap isu pembunuhan Altantuya ini. Persepsi ini kekal wujud kerana beberapa persoalan yang masih tidak dijawab-jawab semenjak dari awal lagi.

Semua yang mengikuti kes pembunuhan Altantuya menyedari bahawa Sirul dan Azilah hanya ‘khadam’ yang menjalankan tugas semata-mata. Mereka tidak mengenali Altantuya dan tidak mempunyai apa-apa motif untuk membunuhnya. Usaha untuk mengenal pasti siapa yang mengarahkan pembunuhannya langsung tidak dilakukan. Keputusan perbicaraan terhadap kedua-dua manusia yang malang namun kejam ini tidak akan merupakan satu nokhtah kepada kes ini. Walaupun sekiranya mereka didapati bersalah sekalipun. Malahan dengan terbuktinya kesalahan mereka dan keterlibatan mereka dalam pembunuhan ini akan hanya menimbulkan kembali soalan-soalan yang tidak dijawab selama ini.

READ MORE HERE



Comments
Loading...