Jangan hadir perhimpunan di Taiping malam ini: Polis


(Bernama) — Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menghadiri atau menyertai satu perhimpunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Simpang, Taiping, 95 km dari sini, malam ini kerana tidak mendapat permit.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Raja Musa Raja Razak berkata perhimpunan di tempat itu tidak sesuai kerana ia berhampiran dengan jalan utama dan boleh menjejaskan lalulintas dan keselamatan orang ramai.

“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengadakan ataupun menyertai perhimpunan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Raja Musa berkata bagi mengelak sebarang kejadian, anggota polis akan ditempatkan di kawasan itu.



Comments
Loading...