Kempen ‘Katakan Tidak Kepada Najib’ Ke seluruh Malaysia


Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia akan melancarkan kempen ‘Katakan Tidak Kepada Najib’ (Say No To Najib) ke seluruh negara bermula 21 dan 22 Mac depan.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kempen itu perlu diadakan memandangkan Najib akan mendapat ‘political score’ dengan menerajui ke tiga-tiga kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

“Kita merasakan, sebab dalam pilihanraya kecil di tiga tempat ini sudah pasti Najib akan mengetuai jentera pilihanraya, dan yang akan dapat ‘political score’ adalah Najib,

“beliau (Najib) akan menggunakan ‘political score’ itu untuk menekan, supaya dipercepatkan transisi itu (peralihan kuasa) dipercepatkan,”katanya kepada Buletinonline selepas menutup program latihan pilihanraya kepada petugas AMK disini kelmarin.

Beliau berpendapat peralihan kuasa kepada Najib belum tentu akan berlaku dan beliau tidak yakin ia aakan berlaku.

READ MORE HERE



Comments
Loading...