22 UMNO semakin “senak”


Gambaran terkini di Bukit Gantang sudah jelas bahawa UMNO semakin " senak". Populariti UMNO sudah kian pudar dan tak mustahil pada pilihanraya umum ke -13 nanti UMNO-BN akan terkubur tanpa batu nesan.

Di DUN Kuala Sepetang Bulan sudah kian mengambang. Warna hijau sudah hampir menenggelamkan alam maya. Di Changkat Ibol sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Sudah menjadi kubu PAS dulu kini dan selamanya. Apa lagi yang ada pada UMNO sekarang ini hanya bangkai busuk, nanah dan najis yang ditinggalkan. Pemimpin yang penuh dengan rasuah, kes mahkamah yang belum selesai dari sebabak ke sebabak, budaya kroni yang berleluasa dan fitnah musin pilihanraya yang sentiasa berkumandang di media massa BN.

Semakin lama UMNO bertapak semakin jelas keburukan yang ditonjolkan. Biro Disiplin Umno yang ditubuhkan oleh UMNO nampaknya tidak memberi kesan apa-apa. Hukuman yang dijatuhkan hanya memihak kepada sesetengah "team" sahaja walaupun apa yang diharapkan oleh ahli UMNO adalah pembersihan keseluruhan sehingga ke peringkat orang atasan.

READ MORE HERE



Comments
Loading...