Perletakan Jawatan Fairus Buktikan Keberkesanan Blog


PERLETAKAN Mohamad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 hari ini menunjukkan peranan blog dan internet tidak lagi boleh dipandang ringan. Blog kini menjadi ancaman baru kepada orang politik yang bermasalah.

Laporan mengenai ketidakupayaan Fairus sebagai timbalan ketua menteri dimulakan menerusi internet dan blog. Mula ia lebih merupakan cacatan peribadi dan laporan kurang bertanggungjawab tetapi dari hari ke hari ia merebak menjadi luas dan dipercayai.

Ada blog-blog tertentu yang berpangkalan di utara tidak habis-habis melaporkan mengenai keburukan dan kerenah Fairus. Hasil sebaran secara konsisten itu akhirnya mempengaruhi orang ramai yang akhirnya memaksa Firaus meletakkan jawatan hari ini.

Perletakan jawatannya dipetik berkuat kuasa pada 8 April nanti.

READ MORE HERE



Comments
Loading...