Terima kasih dari Bloggers Network


Hari ini aku perkenalkan member-member dari Team Bloggers Network @ Bukit Gantang. Bukan nak tunjuk berani…tapi nak tunjuk juga yang kami juga tak lah takut sangat sampai tak berani nak tunjuk muka macam puak belah nun.

Malam ni baru relax sikit. Sejak hari Khamis, apabila kami berpindah ke Bukit Gantang, hari ni baru boleh melayar internet tanpa sangkut. Ingatkan, bila dekat dengan pekan Taiping, kemudahan broadband tentu la bagus, tapi rupanya kat Bukit Gantang lagi baik.

Tu pun orang macam Taiping Mali masih belum sedar. Tak macam orang Bukit Gantang…sokong PR..kehidupan lebih sempurna. Ketika orang-orang Bukit Gantang berbangga dengan broadband, orang macam Taiping Mali masih berbangga dengan Taman Tasik yang dicemari.

Sejak beberapa hari lalu, kami semua sebok berpindah…tak sempat nak melayan komen-komen dari pemaya-pemaya. Sori semua. Sekarang kami dah ready.

Hari tu, bila puak-puak belah sana cabar berdebat…kita sambut. Tapi bila akhirnya ajak berdebat dalam bilik…baik tok sah. Memang dah agak dah.

Hari ini aku perkenalkan member-member dari Team Bloggers Network @ Bukit Gantang. Bukan nak tunjuk berani…tapi nak tunjuk juga yang kami juga tak lah takut sangat sampai tak berani nak tunjuk muka macam puak belah nun.

Bloggers Network akan turun padang mulai esok. Dan kepada para pemaya, diminta supaya jangan hanya menumpu kepada satu-satu blog. Ini kerana setiap blog itu ada tugas sendiri, dan setiap blog dalam team Bloggers Network mempunyai tanggungjawab berlainan. Bloggers Network juga akan beroperasi dari tiga lokasi berlainan kerana kami sering menjadi perhatian. Dua malam ketika kami beroperasi dari Kota West, kami diekori oleh sebuah kereta Avanza AGJ 13**.

Read more at: http://perakexpress.com/www/?p=1964



Comments
Loading...