Najib tidak membawa kebaikan, UMNO wajar dikebumikan


Sesudah negara menyaksikan drama penafian hak bertanding ke atas Datuk Seri Mohd Ali Rustam, kini UMNO kehilangan pula seorang pencalonan untuk kerusi Majlis Tertinggi UMNO iaitu  Datuk Mohamad Norza Zakaria atas tuduhan politik wang.

Sehingga kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telahpun membuat dakwaan ke atas 3 orang ahli UMNO iaitu dari Melaka, Perak dan Wilayah Persekutuan di atas perkara ini.

Menelusuri rentetan fenomena ini, dapat disimpulkan bahawa terminologi perubahan yang diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak hanya mendokong maksud ke arah pengukuhan kembali kuasa, bukannya pembersihan UMNO daripada najis rasuah.

Keseriusan sindrom “penyakit gila duit” yang melanda UMNO ini turut digambarkan melalui bekas Presiden UMNO itu sendiri, Tun Mahathir Mohamad menerusi blog peribadi beliau – chedet.cc. UMNO dikatakan telah mengundang kejelekan dan kemuakan yang melampau daripada rakyat ekoran gejala ini.

READ MORE HERE



Comments
Loading...