Analisa Kemenangan Khairy


KEMENANGAN Khairy Jamaluddin sebagai ketua pemuda Umno yang baru tepat dan sekaligus menunjukkan kebijaksanaan perwakilan pemuda membuat pilihan mereka.

Kemenangan Khairy menjelaskan pemuda memilih mengikut citarasa mereka dan tidak terikat dengan kebendaan. Mereka tahu memilih antara intan dengan kaca.

Mana bakal pemimpin muda yang boleh membawa perubahan dan mana yang masih berlegar dalam kepompong lama.

Ada beberapa perkara menarik tentang Khairy yang meletakkan kemenangan baginya.

  • Ada keberanian dan bersikap terbuka dan melatari suasana semasa.
  • Gigih, tabah menghadapi kecaman ke atasnya terutamanya oleh Dr Mahathir Mohamad.
  • Mempunyai keyakinan diri yang kuat dan sanggup menerjah sesiapa saja dengan pandangan dan akalnya sendiri.
  • Dia juga lebih rapat dan mesra dengan pemuda.
  • Perwatakannya menampakkan kepemudaan berbanding dengan dua calon lain.
  • Mendapat simpati apabila beliau dikacau oleh Lembaga Disiplin.
  • Kerana langsung tidak didokong oleh bapa mertuanya, Abdullah Badawi.

READ MORE HERE



Comments
Loading...