Pemuda UMNO pilih rasuah – KJ menang Ketua Pemuda.


Khairi Jamaludin (KJ) memenangi perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia selepas seminggu didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin parti itu atas kesalahan rasuah. KJ memperolehi 304 undi mengalahkan Khir Toyo (KT) (254 undi) dan Mukhriz Mahathir (232 undi).

KJ dan KT disiasat oleh jawatankuasa disiplin berikutan aduan rasuah untuk mendapatkan pencalonan bagi pertandingan ini. KJ didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran manakala KT diputuskan tidak bersalah. Mukhriz merupakan satu-satunya calon Ketua Pemuda yang tidak disiasat atas tuduhan rasuah berkaitan pertandingan ini.

Read more at: http://idhamlim.blogspot.com/2009/03/pemuda-umno-pilih-rasuah-kj-menang.html



Comments
Loading...