ISA dilupakan di Bukit Gantang
Special Bunch (SB) yang terdiri daripada sekumpulan blogger Barisan Rakyat bersama BloggersNetwork baru saja selesai bertemu dengan YAB Dato’ Seri Nizar dan pegawai-pegawai penting dalam Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang. Perbincangan dilakukan dalam keadaan kondusif dan sangat berhasil.
Namun, aku merasakan bahawa ada satu perkara penting yang terlupa atau gagal ditonjolkan dalam perbincangan tadi.
Harus diingat, semasa pilihanraya umum 8 Mac 2008 lalu, Pakatan Rakyat telah menang besar kerana (salah satu daripadanya) rakyat percaya bahawa, jika menang pilihanraya Pakatan Rakyat akan mansuhkan ISA.