Live dari Bukit Gantang (Updated 10:25)


dsc09816

9.00 pagi. Dianggarkan 60-80,000 orang penyokong Pakatan rakyat terdapat di Taiping hari ini. Gambar diatas hanya yang terdapat di kawasan padang Majlis Bandaran Taiping. Ramai lagi yang tersekat di kawasan bandar dan hampir seluruh kawasan Taman tasik Taiping dipenuhi oleh penyokong PR.

dsc09820

Kalau aku bagi 500 orang…sikit sangat. Kalau aku kata 2,000…aku bohong. Kalau hangpa nak kata 1000 orang penyokong BN…boleh la. tapi yang banyak bendera merah hitam. Tu bendera sapa.

dsc09807

dsc09821

dsc09785

6.30 pagi. Gerai-gerai kebab dan kacang rebus sudah dibuka sejak awal pagi untuk sesiapa yang belum bersarapan.

dsc09787

Penyokong-penyokong Pas yang berkampung sejak malam tadi. Krew Bloggers Network lambat sikit sampai, kena solat subuh dulu. Bila sampai dikawasan yang dikhaskan untuk Pakatan Rakyat sudah hampir penuh.

dsc09792

7.00 pagi. Seluruh kawasan padang sudah dikepung oleh polis. Penyokong-penyokong masih belum dibenarkan memasuki kawasan padang esplanade.

dsc09797

7.30 pagi. Tidak pasti…adakah kita mahu melihat penamaan calon atau sudah mula berperang. Yang pasti…seluruh kawasan seolah-olah dibawah perintah berkurung. Ada sesiapa yang boleh memanggil pasukan pengaman Bangsa-bangsa Bersatu?

Albanjari akan melapurkan dari masa kesemasa manakala gambar-gambar akan di uploadkan bila berkesempatan melalui perakexpress.com

Check for more updates at: http://perakexpress.com/www/?p=2270



Comments
Loading...