Alu-alukan sumbangan dana ke Tabung Pilihan Raya Kecil – Dr Hatta


(Hrkh) – Demi membantu dan memantapkan lagi jentera tiga Pilihan Raya Kecil, PAS menyeru dan merayu kepada para pendokong dan penyokong Pakatan Rakyat untuk sudi menyalurkan sumbangan dana ke Tabung Dana Pilihanraya yang telah pun ditubuhkan sebelum ini.

Bendahari PAS Pusat, merangkap Bendahari Pilihan Raya Kecil Dr Hatta Ramli memberitahu adalah sesuatu yang mencabar bagi Pakatan Rakyat yang terpaksa menghadapi tiga pilihan raya serentak dan amat berharap kepada sokongan para penyokong untuk melancarkan operasi dan gerak-kerja jentera.

"Kita tidak seperti mereka yang mempunyai peruntukan yang banyak dan menggunakan jentera kerajaan untuk kempen berbanding kita hanya berharap semata-mata kepada sokongan rakyat.

"Sungguhpun begitu, tidak pernah kita patah semangat atau berundur malah dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada penyokong dan rakyat keseluruhannya kita akan terus berjuang dan memastikan kemenangan Pakatan Rakayat di tiga PRK," katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Justeru, beliau merayu, agar semua pihak dapat membantu dan menyalurkan sumbangan dana atas nama Tabung Dana Pilihanraya di nombor akaun CIMB Islamic 1449-0000017-10-4.

"Kepada yang sudi membantu dan bersedekah, saya ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga, pengorbanan semua pihak akan menjadi pencetus semangat kita untuk terus bekerja kuat sekaligus memastikan kemenangan berada di pihak kita," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.



Comments
Loading...