Kecoh Di Kepala Bukit


Hampir Cemari Pilihan Raya Bukit Gantang

JAM 2:00 pagi tadi saya cuba melaporkan satu kejadian yang nyaris-nyaris mencetuskan perbalahan besar antara kedua para penyokong dan pekerja jentera kempen pilihan raya Pas dan BN di Bukit Gantang.

Sekiranya tidak ada tolak ansur dan campur tangan segera polis pasti kekecohan malam tadi membawa pergaduhan yang akan mecemari perjalanan pilihan raya kecil P59 Bukit Gantang.

Kerana tidak ada kemudahan internet maka laporan berkenaan terlewat diposting. Namun saya percaya sudah ada blogger atau pun portal berita lain memberi laporan terperinci mengenai kejadian malam tadi dari detik ke detik.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12:45 minit tengah malam, di Simpang Tiga Batu 8, Kepala Bukit ke Changkat Ibol. Kawasan ini dikenali sebagai kubu kuat Pas sejak lama dulu dan UBN dikatakan sukar untuk menembusi kubu ini.

Sesampai di simpang itu pagi tadi sekembali dari menghadiri ceramah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tebok dalam DUN Trong, kelihatan ramai penyokong Pas dan pekerja pilihan raya berdiri di tepi-tepi jalan. Mereka dalam keadaan siap siaga dan seperti ada sesuatu yang berlaku.

Kerana mengsyaki sesuatu saya bersama Pak Abu, dua orang rakan lain berhenti untuk meninjau dari dekat apa yang berlaku sebenarnya.

Sangkaan kami benar ada sedikit ketegangan berlaku antara penyokong dan pekerja pilihan raya Pas dan UBN.

READ MORE HERE



Comments
Loading...