Eksklusif: Informasi Terkini Pilihanraya Kecil


Peti Undi Jalan Simpang Meriah

BUKIT GANTANG [11.52 am] – Suasana di peti undi 17 iaitu daerah mengundi Jalan Simpang antara yang paling meriah setakat ini. Pos BN yang dikendalikan oleh UMNO Bahagian Kampar lesu tak bermaya. Pengundi tidak segan silu menampilkan sokongan terang-terangan kepada calon Pakatan Rakyat.

Pengundi kaum Cina dan India berjalan menuju pusat pengundian sambil mengibarkan bendera PAS dengan gaya bangga dan bersemangat. Pos PAS dipenuhi pengundi manakala petugas pos Barisan Nasional dilihat hanya berehat sambil menghisap rokok dan makan kuih.

Pengundian Di Simpang Lama Lancar

BUKIT GANTANG [11.51 am] – Pengundian di pusat mengundi Simpang Lama berjalan lancar. Nampaknya pengundi mengambil kesempatan cuaca cerah pagi ini untuk menunaikan tanggungjawab. Kawasan sekitar bandar Taiping terkenal sebagai kawasan paling kerap dituruni hujan sepanjang tahun. Tinjauan krew Stesen Maya 1 mendapati kedua-dua pos Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dipenuhi pengundi untuk memeriksa nama masing-masing di dalam buku daftar pemilih. Perayu undi menggunakan pelbagai kaedah untuk memikat hati pengundi di saat akhir.Apabila ditanya undi yang akan diberikan, 6 daripada 10 pengundi yang mengunjungi pos BN mengaku akan mengundi calon PAS-Pakatan Rakyat, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin. Soalan yang sama tidak diajukan kepada pengunjung pos PAS-Pakatan Rakyat.

20% Pengundi Sudah Keluar Mengundi
 

Read more at: http://pahangdaily.blogspot.com/2009/04/eksklusif-informasi-terkini-pilihanraya_07.html



Comments
Loading...