Hantu Syaitan Naik Bas Diserbu Petugas PR..!


6 buah bas dikepung malam dan subuh tadi. 4 di pekan Kuala Trong, 1 di CALTEX Trong (NBY 9977) dan 1 di simpang Plaza Tol Changkat Jering (BHQ 5155). Semua bas itu dilindungi oleh abang botak yang menaiki Toyota Harrier nombor pendaftaran BGN 6600 dan sebuah Proton Perdana NBD 10.

Dulu kini dan selama-lamanya UMNO menafikan kewujudan rancangan jahat mengupah PENGUNDI HANTU SYAITAN. Tapi sepanjang tempoh penafian itu jugalah setiap hari akhir dan malam menjelang pengundian berpuluh-puluh bas tiba di kawasan pilihanraya dengan cara yang mencurigakan.

Tengah malam dan subuh sebentar tadi bas-bas itu datang lagi. Pagi nanti bapak-bapak hantu dan setan di Putra Jaya dan Kuala Lumpur akan membuat kenyataan media iblis dan jembalang menyatakan "tuduhan parti pembangkang itu tak masuk akal", "mereka mungkin anak tempatan yang bekerja di luar dan berpakat balik mengundi bersama-sama" dan "pembangkang terdesak dan mencari alasan sebagai persediaan kalau kalah".

Bapak-bapak jin pun memberi amaran "jangan halang pengundi", "tindakan menghalang pengundi adalah melanggar undang-undang" dan "pihak keselamatan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab".

Subuh tadi pasukan FRU membentengi sekeliling bas yang ditahan oleh petugas PR. Pegawai polis jadi jurucakap UMNO. Polis dan FRU memaki hamun dan menghalau petugas-petugas PR yang mahu mendapatkan kepastian ke mana arah tujuan rombongan tengah malam itu.

Belum pernah berlaku dalam sejarah dunia sejak zaman nabi Adam, bas pelancong masuk ke pekan kecil Kuala Trong pada pukul 3 pagi kononnya nak melancong ke Pulau Pasir Hitam. Pelancong dari Negeri Sembilan itu bercuti beramai-ramai pada hari Selasa! Hari Selasa! Hari Selasa!

Read more at: http://perisik-rakyat.com/2009/04/hantu-syaitan-naik-bas-diserbu-petugas.html



Comments
Loading...