Kenapa say masuk balik UMNO


Tun Dr Mahathir Mohamad

Ramai yang mengalu-alukan penyertaan saya semula dalam UMNO. Tetapi ramai juga yang mengkritik saya kenapa saya menyertai sebuah parti yang saya sendiri menuduh sebagai pengamal rasuah dan pemimpinnya menjadi pemimpin kerana menyogok wang kepada pengundi.

2. Yang pertamanya di waktu saya keluar UMNO pada Mei 2008 saya telah nyatakan saya hanya akan kembali menyertai UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi jadi Perdana Menteri.

3. Sekarang Tun Abdullah tidak lagi Presiden UMNO atau Perdana Menteri Malaysia dan syarat saya sudah dipenuhi. Justeru itu saya perlu tunaikan janji saya.

4. Ini tidak bermakna saya terima amalan rasuah dalam UMNO. Rasuah mesti dihapuskan. Saya berpendapat Dato Seri Najib Tun Razak lebih mungkin berusaha menghapuskan rasuah daripada Abdullah. Saya percaya dia tidak akan pilih perasuah yang terkenal dan diketahui umum seperti Khairy dan beberapa lagi sebagai Menteri atau anggota Kerajaan.

5. Walaupun saya sekarang adalah ahli UMNO, ia tidak bermakna saya tidak akan kritik UMNO atau Kerajaan Barisan Nasional jika ada apa-apa kesalahan yang dilakukan. Selepas saya berhenti daripada menjadi Perdana Menteri tetapi masih menjadi ahli UMNO saya telah kritik UMNO dan Abdullah apabila perbuatan yang salah dilakukan oleh Kerajaan.

6. Saya juga telah kritik Najib. Tetapi saya sedar yang dia bekerja di bawah Abdullah dan tidak sanggup bersikap bebas. Sekarang dia tidak lagi terdedah kepada tekanan oleh Abdullah dan sudah pun bebas. Oleh itu kemungkinan dia menolak amalan buruk yang menjahanamkan UMNO dan BN yang dilakukan oleh Abdullah memang ada.

READ MORE HERE



Comments
Loading...