Najib mula rasa apa yang dah Pak Lah rasa
Selepas UBN mengalami kekalahan teruk dalam PRU ke 12, PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu, Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) dijadikan kambing hitam untuk menutup segala kelemahan UBN.
Antara yang paling lantang meminta Pak Lah berundur lebih awal adalah Muhyiddin (Tan Sri) dan Mahathir (Tun). Biarpun Pak Lah boleh mengambil tindakan tegas terhadap Muhyiddin dan Mahathir sepertimana yang biasa dilakukan oleh Mahathir ketika bergelar Perdana Menteri ke 4, namun Pak Lah mengambil sikap berlembut dan membiarkan sahaja rakan-rakan dan seteru politiknya mengkritik dan memalukan beliau.
Jika benar pengundi menolak UBN dahulu kerana ‘kelemahan’ Pak Lah, kenapa UBN masih lagi kalah di Semenanjung? Dimanakah kekuatan dan kredibiliti Muhyiddin yang dahulu begitu pandai mengkritik Pak Lah?
Read more at: http://mimpi-senja.blogspot.com/2009/04/najib-mula-rasa-apa-yang-dah-pak-lah.html