Buktikan Najib dan Rosmah Tidak Terlibat Kes Pembunuh


Peguam Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar menyalahkan satu sama lain berhubung keputusan mahkamah menjatuhi hukuman gantung sampai mati kepada anak-anak guam mereka kerana didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibu.

Mereka mendakwa kegagalan memanggil saksi-saksi lain telah menjejas kes pihak pembela untuk menyokong alibi Azilah dan Sirul.

Peguam Sirul, Encik Hasnal Merican, berkata beliau akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.

Peguam pemerhati bagi pihak keluarga mendiang Altantuya, Encik Karpal Singh, pula berkata masih banyak persoalan yang belum terjawab berhubung motif pembunuhan wanita Mongolia itu.

Menurutnya, satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.

Bagaimanapun, ketua pihak pendakwaan kes tersebut, Tun Majid Tun Hamzah, berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu.

READ MORE HERE



Comments
Loading...