Saya dah malas nak salahkan pemimpin PAS


Berikut ialah tulisan asal yang kemudian diedit dan disiarkan dalam versi cetak akhbar Siasah terbaru (banyak artikel bagus-bagus dalam Siasah terbaru dan yang saya suka ialah artikel tulisan Ustaz Mujahid Yusof Rawa):

Dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang 7 April lalu, PAS hanya mampu memperolehi 43 peratus sahaja undi Melayu. Itu yang dinyatakan oleh Pengarah Operasi (PAS) Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Asmuni Awi Rabu lalu. Dalam pilihan raya 8 Mac tahun lalu, calon PAS Allahyarham Roslan Shaharom mendapat 47 peratus undi Melayu dan kira-kira 65 peratus undi bukan Melayu.

Kira-kira pukul 11.59 pagi pada hari pengundian, apabila berkesempatan masuk sekejap ke kafe siber di Simpang setelah melarikan diri sekejap dari kampung saya di Matang (kedua-duanya dalam kawasan Bukit Gantang), saya menulis seperti berikut: "Kita tumpu undi Melayu, kalau hilang 10 peratus pun dari 47 peratus pengundi Melayu yang dulunya undi PAS itu (bukan dari semua jumlah pengundi), saya rasa PAS masih dapat kira-kira 42 peratus undi Melayu".

Nampaknya jangkaan saya pagi itu tidaklah jauh berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh Asmuni.

Saya menjangkakan undi Melayu kepada PAS akan merosot berdasarkan keberkesanan Umno memainkan isu "boneka derhaka". Tidak mustahak untuk dibincangkan sama ada tuduhan itu betul atau tidak. Tetapi, Umno berjaya mengapi-apikan sentimen perkauman sempit apabila ia tak henti-henti menyalak dengan tuduhan kononnya Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah boneka DAP yang derhaka kepada Sultan Perak.

Sebelum pilihan raya kecil itu, saya bersembang merata kedai dengan aorang ramai di dalam kawasan Bukit Gantang dan juga di Taiping. Saja-saja saya tanya peluang PAS dalam pilihan raya kecil itu. Lagi tiga hari sebelum pilihan raya, dari enam orang pengundi Melayu yang saya temui, lima orang mengungkit-ungkit isu boneka derhaka.

READ MORE HERE



Comments
Loading...