The build-up to 1-Malaysia or to another May-13?


The following is a long, five-page piece published in Utusan Malaysia on 22 March 2009. I really don’t want to translate it for you but the bottom-line is the piece is extremely inflammatory and borders on rabble-rousing to fan the sentiments of the Malays and make them rise up in anger, like during the prelude to the infamous May 13. The question now would be, where does that place Najib’s One-Malaysia, or are we going to see another May 13 instead?

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Ketuanan, maaf dan seorang binatang

Oleh MARSLI N.O, Utusan Malaysia

BANGSA

BELUM pernah sepanjang sejarah dan riwayat hidupku sebagai hantu aku melihat satu bangsa yang terlalu bodoh seperti kau ini. Begitu terdengar hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu membebel lagi.

Apa lagi yang hendak kau bebelkan ini? Begitu tanyaku sambil mengurut dada mahu meredakan debar lantaran kejutan suara si hantu yang kusangkakan sudah menghilang dari ruang kamar tulisku.

Cuba kau fikir elok-elok. Mana ada bangsa di dalam dunia ini yang sanggup melakukan perkara-perkara yang memang tidak tergamak hendak diperbuat oleh bangsa lain yang bermaruah di dunia ini selain orang dari kalangan kau?

Hendak dikatakan orang sebangsa kau ini bodoh dan tidak tahu, kebanyakan mereka itu adalah manusia yang bergelar dan mengaku berilmu, jika tidak manakan mungkin berdiri di depan dan mengaku pemimpin? Mana ada manusia di dalam dunia ini yang tanpa segan dan silu mencurahkan kencing ke atas bahasanya sendiri?

Dan paling parah, ada juga kalangan orang dari sebangsa dengan kau yang sanggup menjual maruahnya asalkan dapat terus duduk di kerusi bernama kuasa itu.

Tidakkah kau terfikirkan semua itu? Dan aku, dengan sengaja membiarkan si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu membebel terus menerus.

Kerana aku tahu, tidak semua yang dibebelkannya itu betul dan benar. Kerana, berbanding dengan diriku, apalah sangat yang diketahui oleh seekor hantu seperti Mat itu.

Kerana, sebagai seorang manusia, tentulah aku lebih mengetahui segala-galanya dan sentiasa bertindak betul. Bukankah? Ha. Ha. Ha.

KEHINAAN

APA yang kau miliki, walau sudah termaktub dan dipersetujui semua sebagai suatu lembaga, jika tidak dipelihara serta jaga kemurniannya oleh kau selaku pemiliknya sendiri, pastilah akhirnya akan berani diperkotak-katikkan oleh orang lain juga. Begitu tanpa kupinta hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu memulakan karutannya di hadapanku pagi ini.

Tidakkah kau mahu berkata sesuatu untuk semua itu? Atau kau lebih senang dan bahagia hanya membisu? Kini entahkan apa dalihnya pula kepada aku ditujukan soalan yang itu. Dengan sengaja aku hanya membisu dan pura-pura tidak mendengar.

Jadi kau lebih senang diam dan membisu. Baguslah jika begitu kerana kau pun juga sama ingin menjadi tolol dan bodoh seperti mereka itu. Mendengar kata tolol dan bodoh itu, darah terasa tiba-tiba menyirap naik ke muka milikku.

Siapa yang tolol dan siapa bodoh? Jangan kau hendak bercakap sembarangan wahai hantu! Begitu aku menjerkah memecahkan hening di dalam kamarku.

Siapa lagi aku maksudkan kalau bukan mereka? Apa masihkah kau belum sedar? Dengan bahasa dan suara selamba jerkahku dijawab oleh si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu.

Entah kenapa niatku hendak meneruskan jerkahku menjadi sirna. Wajah si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu kutenung ke atas dan ke bawah.

Kerana itulah ingin kukatakan kepadamu. Jika dengan sendirinya kau biarkan diri dan bangsamu menjadi bangsa yang bodoh dan bahlul untuk semua perlakuan itu, jangan kesal dan merataplah kalau akhirnya ketuanan yang didengung-dengungkan oleh kau dan sekalian mereka itu bertukar menjadi kehinaan pula. Kau tunggu dan lihatlah nanti dan janganlah kau dan bangsamu meratap setelah segalanya sudah menjadi tidak berguna lagi.

Kini berkumandang lagi kata karutan dari bibir si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu. Semakin lama, semakin kata-kata itu menjadi berdengung-dengung di pendengaran milikku.

Semakin kurenung makna dan maksud kata-kata itu, semakin berkumandang tanya di dalam benakku.

Kenapakah tidak kata-kata itu diucapkan oleh mereka dan bukan oleh seekor hantu yang kini mengaku sudah menjadi manusia?

MAAF

APA-APA kau kenalah minta maaf, bodoh. Begitu terdengar lantang pekik si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu menerjah gegendang pendengaranku.

Aku yang sedang asyik menekuni bacaan di meja tulisku tersentak bukan alang dan kepalang. Celaka, begitu aku tanpa sedar meluahkan maki dan kuharap pahala puasaku di bulan mulia Ramadan ini tidak berkurang kerana maki itu kuucap di tengah malam yang semakin sunyi ini.

Apa sudahnya kau ini wahai hantu yang tidak sudah-sudah mengganggu diriku ini? Tidakkah kau tahu sekarang ini bulan puasa jadi kenapakah kau masih lagi datang mengganggu aku?

Bukankah di bulan puasa ini kau sudah dipasung dan dikurung? Begitu aku meneruskan tanya kepada hantu yang kurasakan semakin melampau mengganggu aku dengan karut dan ketidaksedaran darjat dirinya itu.

Apalah yang kau ini menjadi bodoh. Bukankah sudah aku katakan berkali kepadamu bahawa aku sudah pun berjaya menyunglapkan diriku menjadi manusia? Jadi kenapa kau tanyakan aku soal kurung dan pasung itu lagi? Dengan selamba dan tanpa sedikit pun berasa silu kepadaku dilontarkan jawab begitu oleh si hantu itu.

Sebenarnya apa yang kau jerit-jeritkan pasal maaf itu kepadaku? Untuk apa aku hendak dan perlu meminta maaf? Salah apa yang sudah aku buat? Sengaja tidak kulayan jawabnya sebelum itu dan kini kulontarkan tanya ini untuk memancing si hantu itu agar segera beredar dari ruang kamar tulisku.

Ha. Ha. Ha. Kau ini memang bodoh. Apa yang kau gatal sangat hendak bercakap pasal itu? Sekarang kau sudah kena. Semua orang tudingkan jari ke muka kau. Jadi sekarang kau kenalah memohon maaf.

Aku terpinga mendengar jawab si hantu itu. Memohon maaf untuk apa? Salah apa yang sudah aku buat? Begitu bertalu-talu tanya itu terngiang di benak milikku. Apalah bodohnya kau ini. Bukankah hari itu kau mengaku kau ini seorang pejuang dan kerana itu juga kau tuduh orang lain hanyalah penumpang. Apa kau sudah lupa? Kini si hantu yang mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu kembali menjerkahku.

Mendengar jerkah dan kata bodoh dari bibir si hantu itu, darah terasa kian menyirap naik ke mukaku.

Kau tidak mahu mengaku dan meminta maafkah? Atau kau sudah lupa bila waktunya kauucapkan kata itu? Kini terdengar semakin galak si hantu itu mendesak dan seolah-olah sengaja mahu mencabar sabar milikku sebagai seorang manusia.

Itulah kau. Kalau aku katakan kau ini bodoh kau marah. Tetapi kau ini sebenarnya memang bodoh. Sebab apa kukatakan begitu? Kau bodoh kerana tidak faham sangat sepak terajang dalam politik. Bila mereka perlukan kau, ketika itulah kau dijulang sebagai pejuang. Tetapi bila mereka terjepit, ketika itulah kau dijadikan kambing hitam tempat melontarkan segala silap dan salah. Dan kau faham? Kerana itulah sekarang kau kena memohon maaf. Semakin bersungguh dan semangat si hantu itu berkata-kata.

Namun ketika mahu kuterkam dia dengan tinju milikku, dalam sekelip mata si hantu yang kini mengaku sudah menjadi manusia dan menggelarkan dirinya sebagai Mat itu melesapkan dirinya entah ke mana.

Dan aku, kembali terpinga sendirian di kamar tulisku itu. Di depanku, buku politik Sang Pangeran itu masih ternganga belum kuhabiskan bacaannya.

Begitukah sesungguhnya tindak dan tanduk para politikus? Berkali kuajukan tanya itu kepada diri dan sehingga terlelap sendirian di meja tulisku itu, aku masih terpinga memikirkan kenapa si hantu itu bersungguh benar mendesak aku memohon maaf. Kerana apa dan kepada siapa? Begitu bertalu-talu menerjah tanya ke benak milikku.

SEORANG BINATANG

DARI tingkap kamar tulisku kelihatan suatu lembaga terbongkok-bongkok bagaikan sedang mencari sesuatu di laman rumahku. Entah apa yang hendak dicari di pagi hari begini. Begitu tanpa suara aku bersungut di dalam hati. Dan ketika lebih lama kuperhatikan dengan teliti, jelas dan nyata lembaga yang sedang terbongkok-bongkok di halaman rumahku itu tidak lain dan tidak bukan adalah seekor binatang.

Tanpa bertanggguh, kucapai parang panjang yang tergeletak berhampiran pintu dan aku segera menghambur ke tanah. Niatku tidak lain dan tidak bukan adalah mahu menghalau binatang itu agar menjauhi laman rumahku. Selain tidak mahu laman rumahku yang rata dan bersih itu ditenggalakan dengan sondolnya hingga berbonggol-bonggol, aku juga khuatir kalau nanti dinajisi oleh si baba yang kelihatan agak gemuk itu.

Hei, berambus kau dari laman rumahku. Pergilah kau bermain-main di tempat lain dan bukannya di sini. Di sini bukan tempat untuk kau bermain dan menyondol. Ini laman rumahku. Begitu tanpa bertangguh dan sambil menghayunkan parang panjang di tanganku ke kiri dan ke kanan, aku bertempik ke arah babi yang kelihatan agak gemuk itu.

Namun tempikanku itu sedikit pun tidak menggoyahkan binatang yang kelihatan agak gemuk itu. Bagaikan sengaja membuat pekak dan tuli, sondolnya kulihat diteruskan dan tanah di laman rumahku semakin banyak berbonggol dan berlubang.

Didorong oleh marah dan geram, kuhayunkan parang panjang di tanganku untuk menetak binatang itu. Namun aku terkejut besar bila sepantas itu juga tetakanku itu berjaya dielaknya. Memang kau, binatang. Pandai pula kau mengelak. Begitu aku menjerkah sesungguh hati.

Jangan ingat kau manusia maka kau boleh sesuka hati bertindak ke atas diriku. Aku juga boleh berfikir seperti kau. Meski agak perlahan, namun jelas di pendengaran berkumandang kata-kata si binatang itu.

Aku terkesima beberapa detik lamanya. Apa tidaknya. Inilah pertama kali di dalam hidupku aku berhadapan dengan seekor binatang dan binatang itu pula boleh berkata-kata.

Kenapa? Kau terkejutkah? Apa kau fikir kerana aku ini seekor binatang maka aku tidak boleh berfikir dan berkata-kata seperti kau? Kini binatang itu mengajukan tanyanya yang lain kepada diriku. Aku yang masih belum sudah dirongrong rasa terkejut masih mendiamkan diri tanpa sebarang kata.

Sebab itulah agaknya orang seperti kau berani bercakap sesuka hati dan mengatakan makhluk seperti kami ini adalah pendatang atau penumpang. Sedangkan sudah sejak lama dahulu kami sudah hidup dan hadir di sini. Kini terdengar binatang itu berkata-kata lagi.

Apa yang kau repekkan ini, hai binatang? Memanglah kau hidup dan hadir di sini sejak dulu. Tetapi untuk makluman kau sebagai binatang, hidup dan hadir kau di sini bukanlah sebagai keturunan yang menjadi sebahagian dari asal usul kami. Keturunan kami tidak pernah berbaik dan bersekongkol dengan binatang. Begitu dengan suara lantang dan tegas aku menyanggah kata-kata si binatang itu.

Tetapi kalau bukan menjadi sebahagian asal usul kau, kenapa pula ada juga yang dari kalangan kau mahu berbaik-baik dan menyokong kami? Kini si binatang itu menerjahiku dengan tanyanya yang lain.

Jangan kau fikir kerana beberapa makhluk yang bodoh dan tidak sedar diri sendiri dari kalangan kami itu maka kau fikir boleh berbuat dan bercakap sesuka hati. Bagi kami kau tetap pendatang dan penumpang. Jadi kerana itu kau tidak usahlah hendak berlagak seolah-olah kau boleh berbuat apa sahaja di sini. Sedar dirilah kau. Kalau kami sudah bertoleransi dan banyak memberi, itu tidak bermakna kau boleh sesuka hati hendak kencing dan berak di laman rumah kami. Kini masih dengan suara lantang dan tegas aku membantah.

Tetapi bukankah kami sudah pun menjadi sebahagian dari kau? Punya tempat yang sama tinggi dan setaraf dengan kau. Berhak untuk bersuara dan mendapat sesuatu sama seperti kau. Kerana kami juga sama memberi sumbangan di sini menurut cara kami. Begitu tanpa segan silu si binatang itu mendakwa sesuatu.

Sudahlah kau, binatang. Itu kata kau dan bukan kata kami. Memang orang yang tidak sedar diri atau sengaja buat-buat tidak sedar seperti kau ini suka bercakap yang tidak-tidak, walau apa yang dicakapkannya itu bukan haknya. Kini aku menempelak si binatang itu.

Sebelum apa-apa lebih baiklah kau berlalu. Orang seperti aku tidak suka memulakan gaduh, tetapi kalau kau yang mencabar dan berlaku kurang ajar, aku tidak takut untuk bangkit melawan demi maruah dan hak diri aku.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0322&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm



Comments
Loading...