Saman la Raja Petra tu, Datuk Seri PM!


Raja Petra tidak menyebut satu nama sahaja dalam ceritanya. Bukan setakat nama Rusdi yang dilibatkannya, malah nama Dr Mahathir, Najib dan Adnan turut dilibatkan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kata kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kabinet perasuah. Tetapi, dengan terus terang beliau menyatakan bahawa di dalam kabinet Najib masih terdapat peribadi-peribadi yang keji (unsavoury characters) yang dituduh terlibat dengan rasuah dalam kerajaan sebelum ini.

Berikut ialah apa yang beliau tulis dalam blognya:

Unfortunately the inclusion of several unsavoury characters who had been accused of being corrupt while in the previous Government, seem to negate this desire.

Pada pandangan beliau, kewujudan beberapa sang keji itu menidakkan apa yang beliau dakwa sebagai keinginan Najib untuk membersihkan Umno dari ahli-ahli politik yang terang-terangan terlibat dengan rasuah.

Keinginan Najib untuk membersihkan Umno dari ahli-ahli politik yang terang-terangan terlibat dengan rasuah? Tak taulah, Tun!

Yang saya ingat ialah pertanyaan Tun yang sangat popular kebelakangan ini, "Masyarakat yang mana yang mahu terima kerajaan perasuah?"

Letih sungguh saya ni, Tun! Setiap kali saya terdengar Tun dok sebut keazaman Najib untuk membersihkan kerajaan dan Umnonya dari rasuah, saya teringat tulisan Raja Petra bertajuk "My name is RPK, I am Malaysian, and I am no prostitute".

READ MORE HERE



Comments
Loading...