Berita yang tidak dilaporkan di surat khabar Melayu


Sewaktu berucap di Johor Bharu semalam, ada beberapa perkara penting yang diumumkan oleh Najib tetapi tidak ditulis oleh akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia tetapi dilaporkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Star.

Perkara penting yang diumumkan oleh Najib ialah kerajaan akan mengurangkan kaedah rundingan terus untuk memberi sesuatu kontrak dan akan memperbanyakkan kontrak-kontrak diberi secara tender terbuka.

A lot of people will like direct negotiations but I want it reduced,” he said.

(Ramai pihak yang suka dengan kaedah rundingan terus akan tetapi saya akan kurangkannya).

Apa yang cuba dilakukan oleh Najib ini tidak ada bezanya dengan apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mengamalkan sistem tender terbuka.

Masih teringat lagi bagaimana demonstrasi demi demonstrasi dianjurkan di Pulau Pinang oleh Umno selepas Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kerajaan negerinya akan melaksanakan sistem tender terbuka.

Apakah Umno dan manusia-manusia seperti Ibrahim Ali akan berdemonstrasi membantah pengumuman Najib ini? Mengapakah berita tentang ini hanya diceritakan dalam surat khabar The Star dan tidak diakhbar-akhbar Melayu? Apakah ini kerana ahli-ahli Umno dan manusia-manusia seperti Ibrahim Ali tidak faham Bahasa Inggeris?

 

Yang turut tidak dilaporkan oleh Utusan Melayu ialah berita mengenai MB Pahang yang kalah dalam pemilihan MT Umno baru-baru ini diarahkan oleh mahkamah untuk membayar RM 63 juta kepada sebuah syarikat kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan, dekat Kuantan.

Untuk membacanya, klik disini, disini dan disini.

Mana dia nak dapat duit sebanyak tu? Guna duit rakyat Pahang ke?

Read more at: http://aminiskandar.wordpress.com/2009/04/21/berita-yang-tidak-dilaporkan-di-surat-khabar-melayu/



Comments
Loading...