Satu lagi insiden memalukan Malaysia


Sedih dan malu. Itulah yang dapat diungkapkan apabila membaca berita dari Malaysiakini dibawah

Kerabat Kelantan didakwa dera isteri model

Apr 21, 09 6:35pm
Model terkenal Indonesia, Manohara Odelia Pinot, didakwa dilarikan oleh seorang kerabat diraja Kelantan, yang juga suaminya, dan pernah didera, termasuk dilukakan di bahagian dada.

Ibunya Daisy Fajarina mendakwa, beliau mempunyai bukti penderaan tersebut dan maklumat mengenainya disampaikan oleh orang istana sendiri yang bersimpati dengannya.

“Anak saya disiksa, di bagian dadanya disilet (ditoreh) silet. Itu yang ngomong dari pihak dalam istana yang punya hati nurani dan (tidak) tega melihat penderitaan anak saya,” wanita itu dipetik berkata.

(Continue at: http://aminiskandar.wordpress.com/2009/04/22/satu-lagi-insiden-memalukan-malaysia/)

Dimanakah kemanusiaan?

Sampai bilakah nama Malaysia akan terus tercemar dengan kes-kes sebegini?

Dahulu nama Malaysia busuk apabila Altantuya Shariibuu seorang warga Mongolia mati dibunuh dinegara ini. Hari ini, nama Malaysia busuk dinegara jiran kita Indonesia.

Read more at: http://aminiskandar.wordpress.com/2009/04/22/satu-lagi-insiden-memalukan-malaysia/

 



Comments
Loading...