Husam bersedia tawar diri bertanding jawatan Timbalan Presiden parti


(Bernama) – Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa tidak menolak kemungkinan menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan pada muktamar agung parti Jun ini.

Katanya beliau akan membuat kajian dan pertimbangan daripada pelbagai sudut sebelum membuat keputusan muktamad berhubung kemungkinan itu.

 

Antara faktor yang akan diambil kira dalam pertimbangan itu ialah harapan ahli yang memerlukan beliau berbuat demikian; sebab-sebab kewajaran beliau perlu bertanding jawatan itu; dan arah tuju masa depan PAS terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

 

“Faktor-faktor ini perlu saya diambil kira sebelum saya buat keputusan muktamad berhubung pertandingan merebut jawatan nombor dua dalam parti,” katanya kepada pemberita selepas melawat kilang membuat pakaian Nur Abadi Garments Sdn Bhd, di sini, hari ini.

 

Ditanya mengenai pencalonan yang diterimanya bagi bertanding, Husam berkata, beliau belum menerima maklumat mengenai pencalonan itu.



Comments
Loading...