Jaminan Polis keatas ‘Geng Keranda’ dilanjutkan


(BULETIN ONLINE) – Pada Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gantang yang lalu, seramai lapan orang anak-anak muda yang dipanggil  ‘geng keranda’ telah ditahan polis atas tuduhan melakukan provokasi sewaktu kempen pilihanraya dibawah Akta Pilihanraya, 4(a).

Mereka telah ditahan ketika mengarak replika keranda yang terdapat gambar mendiang Altantuya, Najib dan Rosmah Mansor serta sebuah replika mayat.

Lapan orang yang ditahan pihak berkuasa adalah terdiri daripada empat orang anak muda dari negeri Perak, 2 orang dari Terengganu, seorang dari Negeri Sembilan dan seorang dari Sarawak.

Mereka telah ditahan di Jalan Sg. Tinggi oleh polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) pada jam 12.15 tengahari dan dibawa ke Balai Polis Padang Gajah untuk disoal siasat.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/gengkeranda.jpgWalau bagaimana pun mereka telah dibebaskan pada jam 7.30 petang dengan ikat jamin mulut, nilai jamina setiap seorang RM 2 000 dan mereka mendapat jaminan dari penduduk tempatan.

Menurut seorang wakil mereka, tujuan mereka berarak ke seluruh kawasan Parlimen Bukit Gantang sambil membawa replika tersebut adalah sebagai satu cara memberi ingatan kepada semua pengundi, padah yang berlaku kepada rakyat, sekiranya mereka menyokong Barisan Nasional.

“Kita mahu semua rakyat tahu tentang Mendiang Altantuya dan kita juga minta agar Najib Tun Razak disoal siasat berdasarkan laporan akbar dari Perancis dan beberapa buah akbar dari negara lain,

“kita juga mempersoalkan kenapa Syed Hamid Albar yang ketika itu Menteri Dalam Negeri melarang nama mendiang disebut ketika PRK Bukit Gantang,

“Ini membayangkan bahawa seolah ada sesuatu yang hendak dirahsiakan dari pengetahuan rakyat,” katanya yang menghubungi Buletinonline melalui e-mel.

Selepas pilihanaraya kecil Bukit Gantang berlalu, pada 21 April yang lalu, mereka telah hadir ke mahkamah Taiping seperti yang diarah didalam surat perjanjian dan jaminan polis.

Malangnya, kehadiran mereka sia-sia kerana tidak ada apa-apa sebutan kes yang dibuat keatas mereka.

“Pihak polis hanya memberi alasan belum bersedia kerana menurut mereka kertas siasatan belum siap,”ujarnya.

Justeru, polis melanjutkan jaminan keatas mereka dilanjutkan selama sebulan iaitu sehingga 21 Mei 2009.



Comments
Loading...