Ketua Pemuda PAS Penang Berlagak Macam Budak Tadika


Mohd Hafiz Mohamed Nordin, Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang telah benar-benar memalukan PAS. Beliau telah memalukan Presiden PAS, memalukan AJK PAS Pusat, memalukan Perhubungan Negeri, memalukan Pesuruhjaya PAS Negeri dan memalaukan Islam.

Sikap kebudak-budakan beliau hanya melayakkan beliau memimpin Dewan Budak Tadika sahaja dan bukannya Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang. Baru-baru ini beliau telah bersikap lebih kuah dari sudu dengan membuat tuntutan supaya wakil Dewan Pemuda Negeri bertanding di kerusi DUN Penanti.

Walaupun keputusan memberikan kerusi tersebut kepada KeAdilan telahpun dipersetujui di peringkat Pusat, namun beliau masih terus mengekalkan sikap muka tembok beliau dan membuat tuntutan tersebut.

Tuan Haji Mustafa Ali terpaksa membetulkan keadaan dengan berkata: (http://www.malaysiakini.com/news/103465):

"(Keputusan) ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.

"Semua parti dalam Pakatan telah bersetuju, jika berlaku pilihanraya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihanraya umum sebelum itu," kata pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali.”

Apa masaalahnya pada Hafiz untuk bertanya kepada pimpinan Pusat berkenaan dengan keputusan yang telah dibuat bersama? Sikap Hafiz ini menunjukkan bahawa Presiden dan AJK PAS Pusat tidak mampu mendisiplinkan ahli-ahli bawahan mereka dan akhirnya menyebabkan kontroversi yang sia-sia ini berlaku.

READ MORE HERE



Comments
Loading...