Mohammad Sabu ditahan


(Siasah) – Mohamad Sabu ditahan pihak polis pukul 3 petang tadi selepas makan di sebuah restoran mamak berhampiran pejabat Siasah.

Beliau yang berada di restoran itu bersama Salahuddin Ayub dan ahli PAS, Ali Maidin, didatangi sekumpulan anggota polis berpakaian preman yang menariknya menaiki sebuah kereta Toyota.

Mohamad berusaha melepaskan diri dan menjerit meminta pihak terbabit menunjukkan waran terlebih dahulu tetapi gagal akibat jumlah anggota polis yang lebih ramai.

Salahuddin dan Ali yang turut cuba membantu Mohamad melepaskan diri telah ditolak oleh anggota polis terbabit.

Kejadian yang berlangsung hanya sekitar dua minit itu menarik perhatian orang ramai di kawasan tersebut.

Pengakapan beliau ialah yang kedua dikaitkan dengan protes terhadap kerajaan Barisan Nasional Perak yang bakal diadakan esok.



Comments
Loading...