JAIP haramkan sembahyang (UPDATED)


(Suara Keadilan) – JABATAN Agama Islam Perak (Jaip) dikatakan telah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti mulai Maghrib sehingga ke Subuh, pagi ini.

Menurut sebuah blog, pemudabesut.blogspot.com, arahan berkenaan telah diberikan kepada Masjid Ittihadiyyah, Kg. Tengku Husein malah dikatakan beberapa masjid di sekitar Ipoh turut menerima arahan yang sama.

Arahan berkenaan dikeluarkan bagi menghalang orang ramai dari menunaikan Solat Hajat dan Munajat yang dijadualkan akan diadakan di masjid Ittihadiyyah pagi ini.

 



Comments
Loading...