Demokrasi Di Malaysia Telah Mati. Apa Gunanya Sultan??


Maaf kalau titipan ini berirama derhaka!! Tidak berniat untuk menderhaka atau bermusuh dengan sesiapa. Sebagai rakyat, hati saya terusik jiwa saya memberontak!! Celaka sungguh kejadian di Ipoh petang tadi. Siapakah punca segala kesialan ini?

Saya menjadi semakin keliru. Saya belajar dan saya juga mengajar. “Raja simbol kesejahteraan rakyat” dan “Raja simbol keadilan pemerintah”.  Ingin saya bertanya kepada pemimpin kerajaan Barisan Nasional dan sebagai rakyat saya juga bertanya kepada  Sultan Perak, di manakah kesejahteraan dan keadilannya itu? Cukupkah hanya menjadikan seseorang itu simbol kemudian dibayar gaji dan segala kemudahan hasil titik peluh rakyat tetapi hakikatnya rakyat masih dan terus juga menderita???

Bagi saya Sultan Perak dan Raja Muda Raja Nazrin telah GAGAL memahami kehendak rakyatnya sendiri. Jelas kecelaruan ini berpunca daripada hasutan pemimpin UMNO yang dimamah lumat oleh Sultan Perak tanpa rasa kasih terhadap sesama insan. Antara rakyat dan sultan tiada bezanya disudut pernilaian ALLAH swt. Sultan diangkat menjadi ketua agama Islam. Malangnya, tindak tanduk dan perilaku banyak sultan langsung tidak mencerminkan mereka sebagai Muslim yang baik dan patut dicontohi. Apakah seseorang itu wajib taat dan hormat semata-mata kerana pangkat dan darjat rekaan manusia sendiri? Apa rakyat Malaysia ingin dibawa kembali kepada zaman Jahiliah? Hormat dan tunduk kepada pemerintah yang zalim, tamak haloba, mengkhianati dan mengingkari perintah dan tuntutan Agama ALLAH swt. Saya lebih rela mati daripada disuruh mentaati ajaran syaitan..!!!  

READ MORE HERE



Comments
Loading...