Mengapa Mahkamah Pinda Tarikh? : Misbahul


(Suara Keadilan) – Rakyat mempersoalkan mengapa Mahkamah Rayuan yang sepatutnya bersidang pada 18hb ini dipinda pula ke 21hb. Mengapa?

“Rakyat menjadi keliru dengan pindaan tarikh ini. Perbicaraannya sama pula dengan perbicaraan rayuan Zambry,” kata setiausaha politik Menteri Besar Mohammed Nizar Jamaluddin, Misbahul Munir Masjuki.

“Dengan pindaan ini, rakyat semakin prasangka berlaku ketidakadilan dan penganiyaan terhadap Nizar,” jelas beliau dlam blognya hari ini.

“Selang dua tiga hari sementara menunggu perbicaraan, Zambry masih berkuasa dan dengan kuasa haramnya itu, beliau boleh melakukan apa sahaja termasuk mengadakan sidang haram bagi mengusulkan undi tidak percaya kepada Nizar sebagaimana yang disaran oleh Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin Umno yang lain, ” kata Misbahul.

“Sebab itulah usaha dibuat bagi membolehkan sidang diadakan secepat mungkin. Bagi membolehkan sidang haram itu diadakan tarikh perbicaraan rayuan Nizar dipinda ke 21hb,” tambah beliau.

Sementara itu, saman Sivakumar terhadap Ganesan masih belum ditentukan tarikh perbicaraannya. Semua proses ini dilambatkan bertujuan Zambry terus berkuasa dengan cara yang haram, dan mereka bebas melakukan apa sahaja mengikut kemahuan mereka.

Ini semua mengundang ketidakyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman di negara ini. Rakyat sebenarnya sudah lama mempertikaikan institusi kehakiman sejak lama dahulu, lebih-lebih lagi selepas isu peguam Linggam yang gempar suatu ketika dulu.

Apabila unsur ini berlaku pula kepada kes Nizar, rakyat semakin tidak percaya kepada mahkamah di Malaysia.

Kita bimbang rakyat akan bertindak di luar batasan undang-undang setelah ketidak percayaan kepada mahkamah sampai kemuncaknya. Adakah ini yang pemimpin Barisan Nasional mahu?,” tegas beliau lagi.



Comments
Loading...