Tidak tanding di Penanti, Najib buat keputusan memalukan dirinya sendiri


Setelah berhempas pulas melalui pelbagai mesyuarat tertinggi parti bagi menentukan bertanding atau tidak di Penanti akhirnya Najib mengumumkan BN tidak akan meletakkan calonnya.

By Cina Islam

Mulanya MT UMNO gagal buat keputusan, sesudah itu Biro Politik yang dipengerusikan Najib , baru kelmarin MT BN memutuskan tidak bertanding di Penanti.

Pandangan awal saya dalam masalah ini ialah Najib sebenarnya bukan sahaja memalukan UMNO dan BN bila membuat keputusan sedemikian, sebetulnya dia telah memalukan dirinya sendiri bila dia memulai karier politiknya sebagai PM Malaysia dengan menolak peluang untuk menguatkan kerajaan yang didokongnya.

Keputusan ini menzahirkan sikap "bacul" dan "penakut" untuk berdepan dengan kuasa rakyat. Tidakkah bila meletakkan calon artinya memberikan tawaran mengenai dasar dan sikap sebuah kerajaan, kebetulan kerajaan baru yang dipimpin Najib. kenapakah takut sehingga sedemikian rupa?

Tidakkah Najib mula kaya dengan slogan dan "temberang"nya, seperti 1 malaysia, Perdana Menteri Rakyat dan Rakyat didahulu perstasi diutamakan. Berilah tawaran kepada rakyat dan mungkin anda menang kerananya.

Kalau Pak Lah dianggap lemah, dia sebetulnya tidak pernah menzahirkan sikap " penakut" dan " sebacul " Najib, Pak Lah tidak pernah menolak untuk meletakkan calon di mana saja ada kekosongan. Termasuklah jangan kita lupa Permatang Pauh, Kuala Terangganu, Batang Ai, Bukit Selambau dan Bukit Gantang berlaku di masa Pak Lah masih PM.

Read more at: http://idhamlim.blogspot.com/2009/05/tidak-tanding-di-penanti-najib-buat.html



Comments
Loading...