Speaker Letak Jawatan


By Khalid Samad

Speaker House of Commons di United Kingdom, Micheal Martin telah mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya berkuatkuasa 21 Jun 2009. 

Ini menjadikan beliau sebagai orang pertama sejak lebih dari 300 tahun Parlimen Britain yang didesak untuk meletakkan jawatan sebagai speker. Beliau juga akan mengosongkan kerusi parlimennya di Glasgow North East yang akan mengakibatkan satu lagi PRK (selepas Penanti).

Tuan speaker tersebut telah menerima kritikan yang hangat oleh rakyat Britain dalam pengendalian skandal perbelanjaan ahli parlimen sejak beberapa minggu yang lalu. Langkah beliau ini seharusnya dipuji dan dicontohi (di negara lain) dalam memelihara kewibawaan serta harga diri seorang pemimpin agar dihormati rakyat.

See video at: http://www.khalidsamad.com/2009/05/speaker-letak-jawatan.html



Comments
Loading...