Biasiswa JPA: Pengagihan yang tidak telus


Oleh Helen Ang, CPI 

Laut ditimba akan kering juga. Maklumlah tabung dan dana Jabatan Perkhidmatan Awam pun ada hadnya. Lebih-lebih lagi apabila terlalu ramai hendak memohan skim biasiswa, pinjaman dan latihan.

JPA – yang menggendalikan program-program nasional pembangunan dan operasi sumber manusia sektor awam – mungkin perlu lebih menekankan program-programnya yang sedia ada seperti tajaan ijazah Sarjana dan profesional serta perkembangan kerjaya, selain daripada tajaan matrikulasi dan ijazah pertama.

Buat masa ini, media massa terlalu memberi tumpuan kepada tuntutan budak-budak lepasan SPM yang hampa terhadap JPA. Di sebaliknya, orangramai kurang arif tentang skop jabatan tersebut.

Betulkah persepsi bahawa biasiswa JPA lazimnya akan diberikan kepada anak-anak kroni ataupun mereka yang rapat dengan pihak penganjur? Sekiranya ada di kalangan khalayak umum yang bertanggapan sedemikian, nescaya kita bertanya siapakah yang mendapat imbuhan selama ini ?

Pada minggu lepas, timbalan presiden MCA Dr Chua Soi telah menulis di blognya: "Malaysia termasuk dalam segelintar negara yang membekalkan biasiswa bagi lepasan SPM (yang sejajar dengan O-level) walhal di kebanyakan negara-negara lain, A-level yang menjadi kayu pengukur bagi melanjutkan pelajaran ke universiti."

Kalau ikut adat, sebenarnya peluang biasiswa harus dibuka kepada mereka yang berkelayakan STPM (sejajar dengan A-level), dan bukannya SPM.

READ MORE HERE



Comments
Loading...