Hulubalang Utama Dato najib
Dato Seri Najib dalam temuramahnya dalam Straits Times dan Business Times kelmarin menunjukkan sikap yang berani apabila beliau berkata bahawa cara tradisional yang digunakan olih kerajaan dalam menetukan kuota dan kepentingan ekuiti kapada bumiputra perlu dikaji semula. Ini kerana ia membantutkan pertumbuhan ekonomi negara dan juga apabila amalan meritokrasi diabaikan Bumiputra juga menjadi lemah. Cara agihan yang baru perludi perkenal dan dilaksanakan, kata nya.
Pengumuman besar yang berbunyi progresif dan liberal ini selalu didengar apabila kita ada PM yang baru.Dr Mahathir dan Abdullah Badawi juga melaungkan slogan dan dasar yang berbunyi progresif dan dan baru apabila mula mula jadi PM. Malangnya mereka tidak bersungguh sungguh menjayakan apa yang dikatakan.
Saya juga sangsi PM baru kita akan berjaya.Kalaudia berani dan mahu berubah mengapa wawancara dibuat dalam akhbar bahasa Inggeris bacaan orang bisness sahaja.Bukan kah lebih meyakinkan kita kalau wawancara itu dibuat dengan Utusan Malaysia, akhbar yang kata orang, pembina minda rakyat. Saya ingin melihat Dato Seri Najib membuat ucapan ini dan kupasan panjang lebar tentang perubahan Dasar Bumiputra ini dalam Kongress Khas UMNO mithal nya. Sudah sampai masa nya beliau membuat peta baru tentang arah tuju negara Malaysia dan Bangsa Malaysia. Dan juga peta baru untok UMNO.
READ MORE HERE: http://myzaidibrahim.wordpress.com/