Hubungan Malaysia-Singapura bagaikan duri dalam daging?


Ruhanie Ahmad

Hubungan Malaysia-Indonesia adalah persahabatan saudara senusantara, biduk lalu kiambang bertaut, air dicincang tak akan putus.

Hubungan Malaysia-Brunei adalah persahabatan abadi dua negara di mana persamaan sentiasa diraikan, perbezaan pula sentiasa dihormati. Hubungan Malaysia-Singapura adalah persahabatan yang berasaskan kepada pertalian sejarah bumi Melayu yang malang. Ada pihak mengatakan ianya bagaikan aur dengan tebing. Banyak pihak pula menyifatkannya umpama duri dalam daging. Begitulah hakikatnya menurut logika pemikiran Melayu tradisi.

Secara ilmiahnya, kajian hubungan antarabangsa adalah mengenai interaksi politik dan sosial antara negara, aktor bukan negara dan individu (Griffiths, O’Callaghan & Roach 2008:vii). Konsep hubungan antarabangsa pula merujuk kepada hubungan antara negara-bangsa. Tetapi, oleh kerana negara adalah aktor utama hubungan antarabangsa, pelbagai wacana oleh majoriti sarjana klasik mempersetujui bahawa hubungan antarabangsa adalah hubungan antara negara (Viotti & Kauppi 1999:26). Sementara itu, Millar (1969) pula menegaskan, dasar luar adalah dasar yang mempunyai dampak kepada hubungan sebuah negara dengan negara lainnya.

READ MORE HERE



Comments
Loading...