Husam, Mahfuz sahkan bertanding
(Hrkh) – Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa sahkan beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan Muktamar Jun depan.
"Saya buat keputusan muktamad pagi tadi…saya dah serahkan borang terima pencalonan sebentar tadi," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS sejak dua penggal, pagi tadi juga mengesahkan akan mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga.
Husam telah memaklumkan perkara itu kepada Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato' Abdul Nik Aziz Nik Mat pagi tadi dan akan berbuat demikian juga apabila menemui Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang tengah hari ini.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar turut mengesahkan bahawa beliau bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan akan datang.