Saman la Raja Petra tu, Datuk Seri PM! (II)


Polis pernah membawa balik orang kuat Parti Komunis Malaya, Musa Ahmad dari Beijing. Polis juga pernah membawa balik Ashaari Muhammad dari Siam.

Ketika saya berkerja di Kementerian Dalam Negeri, polis-polis cawangan khas (SB) yang berkerja bersama-sama saya selalu berkata dengan bangganya bahawa polis Malaysia "is one of the best in the world".

Pada masa itu, iatu selepas 1982, PAS dikategorikan sebagai ancaman. Saya tak lupa bagaimana kawan saya yang sedang menjalani latihan di SB School bercakap pandai tentang gerakan Islam. Beliau menayang-nayangkan pengetahuannya tentang pemikiran Hassan Al-Banna, Syed Qutb dan sebagainya. Ketika menziarahi kami di hari cutinya, saya lihat beliau membawa bersama-samanya buku-buku yang ada dalam silibus tarbiyyah PAS.

Dalam hati, walaupun terdetik bahawa "SB Malaysia is one of the best in the world," saya berkata, "celaka sungguh!"

READ MORE HERE



Comments
Loading...