Ada bloggers (seorang dua) penyokong Tun yang tidak sedar diri


Kelab Penyokong Maya UMNO

Setelah Tun Abdullah mengundurkan diri dan membuat peralihan dengan cara yang terbaik pernah dilakukan , beliau sering dikatakan sebagai dijatuhkan oleh Tun Dr Mahathir.

Hakikatnya kepada mereka yang menyangka Tun Lah jatuh kerana tindakan Tun Mahathir adalah sebenarnya satu kesilapan yang besar, Tun Lah berundur kerana sayangkan UMNO , Bangsa dan Negara. Tun Lah bukan gila kuasa dan Tun Lah juga mungkin tidak berminat lagi untuk bercakaran dengan Tun Mahathir kerana akibatnya adalah kepada Parti Barisan Nasional. hari ini Tun lah tidak mencampuri sebarang keputusan yang dibuat oleh DS Najib , Perdana Menteri yang telah mengambil alih amanah rakyat dari tangan beliau. Tun Lah tidak mahu mengganggu pentadbiran DS Najib kerana beliau yakin bahawa DS Najib mampu melakukan nya. Lagi pun , tak kan Pak Lah nak campur urusan pentadbiran negara sampai bila-bila.

Pak lah tidak gila kuasa, Beliau boleh lakukan apa saja , jika beliau gila kuasa. Tetapi itu bukanlah sifat seorang pemimpin yang baik,. Harimau mati meninggalkan belang , manusia mati meninggalkan nama. Kita pulang hanya dengan sekeping kain putih dan bukan dengan harta mahupun kuasa yang ada di dunia. Biarlah mereka yang tinggal menguruskan hal dunia , lagi pun di dalam kubur mana ada hand phone nak berikan arahan kepada manusia yang tinggal di dunia ini. Yang akan kita hadapi nanti adalah Nungkar dan Nangkir.

READ MORE HERE



Comments
Loading...