Al-kesah sebuah ceritera


Adalah mengikut cerita sahibul hikayat pada satu ketika dahulu kala bilamana matahari belum sepanas hari ini. Bilamana siang amat panjang dam malam amatlah gelap. Ketika inilah hikayat kita ini berceritera.

Pada suatu hari hujan yang maha lebat telah turun. Petir sabung menyabung. Datuk Seri dan Mak Seri – berpayungkan daun pisang – sedang cuba mencari-cari tempat untuk berteduh. Datuk Seri temengah-mengah berjalan. Mak Seri perlahan-lahan mengheret badannya seperti saekor pinguin. Setiap kali Mak Seri menapak kedengaran guruh berbunyi dan bumi berkocak.

Akhirmya mereka sampailah ke satu kawasan yang amat permai dengan tasik yang maha luas. Sebuah istana tersergam indah tetapi tidak kelihatan seorang manusia pun. Di tepi istana ada sebuah rumah dua tingkat berdiri anggkuh sebagai pusat kawalan.

Apabila Mak Seri ternampak rumah ini maka dengan cepat Mak Seri membuangkan payung daun pisangnya dan terus menaiki tangga rumah. Dengan perlahan-lahan Mak Seri membuka pintu. Mak Seri terpaksa mengerengkan badan untuk meluluskan diri masuk ke dalam rumah. Sebaik sahaja Mak Seri sampai ke tengah rumah – rumah ini mula bergegar dan akhirmya runtuh rantah.

Mak Seri tersembab jatuh. Bumi yang tidak tahan menerima berat badan Mak Seri mula bergocak. Istana bergegar sama dan akhirya runtuh. Tidak di sangka-sangka gegaran menjadi gempa. Goncangan dari kejatuhan badan Mak Seri ini telah memecahkan tebing tasek. Maka ditakdirkan tasek yang maha luas ini pun pecahalah. Air pun berbuih-buihlah mengombak keluar. Maka saentero bumi pun mula di tenggelami air.

READ MORE HERE



Comments
Loading...