Umno Penanti Bawa Lari Pengundi Ke Padang Besar
(TV Antara) – Walau pun Umno-Barisan Nasional tidak meletak calon pada pilihan raya kecil Dewa Undangan Negeri N12 Penanti namun aktiviti pun menjurus seolah-olah ia terbabit secara langsung dalam PRK tersebut.
Antara dakwaan yang dilepmparkan terhadap Umno dan BN ialah mengadakan siri ceramah politik sama ada berhampiran Penanti atau dalam kawasan DUN tersebut secata terang-terangan.
Umno juga dituduh membawa lari pengundi terutamanya penyokong Pakatan Rakyat ke destinasi pelancongan supaya mereka tidak membunag undi Ahad nanti.
Salah seorang penduduk Kubang Semng mendakwa semua cawangan Umno dalam Penanti telah menganjurkan rombongan ke Padang Besar secara percuma dan setiap ahli rombongan pula diberikan duit poket sebanyak RM100.00 seorang.
Sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya mendadik dada macam king kong untuk memastikan setiap calon dan parti parti yang bertanding mematuhi segala peraturan SPR semasa kempen PRK Penanti, inilah masanya untuk membuktikan ia serius dengan apa yang dilaungkan dan menyiasat dakwaan yang dibuat terhadap Umno.
Jangan hanya menindas Pakatan Rakyat tetapi berlembut dan tunduk kepada segala tindak tanduk Umno yang berlawanan dengan undang-undang pilihan raya.