Di antara Chin Peng, Komunisme dan Perkauman


Datuk Zaid Ibrahim

Meninjau tindakan pihak polis terhadap orang ramai beberapa bulan kebelakangan ini, saya  tidak terkejut kalau ada kedengaran rintihan bahawa Malaysia telah menjadi sebuah Negara  Polis (’Polis State’).

Antara ciri-ciri sebuah ‘Police State’ ialah apabila polis menjadi satu kuasa pengawalan yang ditakuti. Polis mula menyekat kegiatan serta kebebasan orang ramai bersuara, yang merupakan amalan biasa di sesebuah negara bebas dan demokratik. Kita dapat lihat bahawa pasukan polis lebih ditakuti dan bukan dihormati. Bloggers seperti saya juga turut berada dalam pemerhatian mereka. Undang-undang yang digunakan mereka telah menyekat kebebasan rakyat. Di dalam sebuah ‘Police State’, Polis boleh mengambil tindakan atas apa sahaja yang ditafsir atau dianggap berbahaya kapada kerajaan. Ini membolehkan mereka menyekat apa sahaja kegiatan orang awam yang dianggap menjejaskan kententeraman awam. Hari ini rakyat ditangkap kerana memakai baju warna hitam, menjual CD, tidak mahu makan, berkumpul secara aman dan sebagainya.

Rakyat ingin tahu mengapa Menteri yang bertanggungjawab terus-terusan membiarkan polis  bertindak sedemikian? Besar kemungkinan Menteri juga sudah tidak mampu atau mempunyai kuasa  untuk mempengaruhi pihak polis. Mungkinkah Ketua Polis Negara lebih berkuasa dari Menteri?  Saya masih lagi ingat tentang soal penubuhan IPCMC yang dicadangkan oleh Pak Lah dahulu.  IPCMC merupakan satu cadagan baik pada tahun 2004 supaya sebuah Suruhanjaya ditubuhkan  bagi menyiasat penyalahgunaan kuasa, kepincangan etika dan amalan rasuah yang sering  berlaku dalam pasukan polis negara.  Cadangan ini merupakan saranan Tun Dzaiddin dan Tun Haniff serta ahli-ahli lain Suruhanjaya DiRaja  pada masa itu. Menurut laporan mereka  terdapat banyak kepincangan dan kelemahan polis yang ketara. Walaupun Pak Lah berniat baik untuk menubuhkan IPCMC dan merealisasikan saranan Tun Dzaiddin ini, pihak polis telah  menolaknya secara terbuka. Saya tidak fikir dalam sebuah negara demokrasi lain seperti Australia atau India, pihak polis mereka berani menentang secara terbuka akan dasar yang  diusulkan oleh seorang Perdana Menteri. Namun di Malaysia, begitulah berkuasanya seorang Ketua Polis Negara.

READ MORE HERE



Comments
Loading...