Peratusan Keluar Mengundi Muktamad 46.15 Peratus


(TV Antara) – Peratusan muktamad jumlah yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil Penanti hari ini kurang daripada 50 peratus iaitu 46.15 peratus atau 7,100 pengundi sewaktu pusat pengundian ditup pukul 5.00 petang tadi.

Pencapaian ini jauh lebih rendah daripada sasaran yang nyatakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebanyak 70 peratus.

Faktor Barisan Nasional tidak bertanding pada PRK ini menjadi satu faktor utama pengundi tidak keluar beramai-ramai kerana mereka berpendapat calon Pakatan Rakyat, Mansor Othman sudah pasti menang.

Penanti mempunyai 15,384 pengundi berdaftar.

DUN tersebut mempunyai 10 kawasan mengundi termasuk Guar Perahu, Kuala Mengkuang, Telok Wang, Mengkuang, Sungai Lembu, Penanti, Kubang Ulu, Sungai Semambu, Tanah Liat dan Jalan Berapit serta 33 saluran mengundi.



Comments
Loading...