KDN Didesak Perjelas Isu Penemuan Senjata Api di Perak


(TV Antara) – Sebanyak lapan senjata api, hampir 100 peluru M-16, berpuluh-puluh kelongsong peluru dan beberapa alat penyerap bunyi senjata ditemui dalam dua buah beg di Kampung Tawas, Ipoh, baru-baru ini.

Penemuan kesemua senjata api itu dari jenis sub-mesingan dan pistol itu ditemui dekat sebuah kilang simen berhampiran kawasan berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis sedang menyiasat kes berkenaan.

“Ini dalam siasatan…saya tidak boleh cakap apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Sementara itu menurut Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah ” Penemuan senjata api di Ipoh itu ada perkaitan dengan politik”.

Menurut Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak,  Mohd Hafez Sabri, kenyataan yang di keluarkan oleh Ketua Polis Perak itu amat berat, ini kerana ia akan menyebabkan situasi dan suasana politik negeri itu menjadi lebih membimbangkan dan akan mengeruhkan lagi suasana politik.

Beliau juga turut menggesa supaya ketua polis Perak tersebut perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang dikeluarkan beliau dan menjelaskan apakah asas kenyataan beliau itu.

” Persoalannya mengapa ketua polis Perak membuat kesimpulan dengan begitu cepat dalam masa 24 jam beliau terus menyatakan bahawa isu penemuan senjata api itu melibatkan isu politik, padahal sehari sebelum kenyataan beliau itu, beliau meminta agar rakyat bersabar dan tenang , jika ketua polis Perak menyatakan ada kaitan politik beliau mesti dedahkan siapa yang terlibat dan parti mana yang terlibat,” kata Mohd Hafiz.

Mohd Hafez  juga menggesa agar Kemeterian Dalam Negeri membentang satu kertas putih yang jelas tanpa berselindung dalam isu penemuan senjata dalam sidang parlimen yang akan berlangsung pada 15 jun ini, ini kerana tuduhan yang di berikan bahawa ada kaitan isu politik berkenaan penemuan senjata tersebut merupakan tuduhan yang amat berat dan membimbangkan semua pihak.

”Isu yang berlaku adalah di sebabkan kelemahan Menteri Kementerian Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan, apa yang mereka buat sehingga senjata berbahaya seperti ini begitu mudah dimiliki oleh sesiapa sahaja tanpa kawalan yang rapi, selain itu sempadan Negara juga sangat mudah dibolosi oleh penyeludup senjata api dari rakyat negara luar dan rakyat Malaysia, apakah Dato’ Seri Zahid Hamidi hanya sibuk dalam merosakkan suasana keharmonian rakyat negeri Perak, dengan merencana agenda rampasan kuasa terhadap pentadbiran kerajaan negeri Perak?” jelas beliau selepas selesai menghadiri satu mesyuarat di Ipoh, Perak.



Comments
Loading...