Malaysia Tanahairku .. Dan Tanahairnya


By Puspawati Rosman (Loyarburok)

Pagi itu, aku bersarapan sambil membaca beberapa suratkhabar tempatan. Isi-isi suratkhabar itu hampir membuatkan isi perutku terkeluar kembali. Bukan pasal Jaya Supermarket. Bukan pasal Penanti. Bukan pasal Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Bukan pasal AhLong. Bukan pasal Marsha AF yang seksi. Bukan bukan bukan.

Pasal Chin Peng dan komunisme.

Nampaknya, ramai orang yang marah bila ada cadangan supaya Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia.

Maafkan aku, kerana aku tidak marah.

Sejak dari waktu aku sudah boleh berfikir dengan rasional, aku mula menolak segala bentuk pemikiran yang memisahkan selapisan rakyat dengan yang lain. Ini termasuklah pemikiran berbentuk perkauman dan ideologi ekstrem.
chinpeng
Pada aku, Chin Peng hanyalah seorang rakyat Malaysia yang mahu pulang ke kampungnya, jadi baliklah.

Buat apa nak dihalang?

Sebab dia komunis?

Di negara kita, komunis di cop sebagai jahat dan kejam. Sebab komunis bunuh orang. Cederakan orang. Ramai yg mati dan ramai yang cacat kerana komunis (sekadar memetik kata2 orang2 arus perdana).

Maka aku ada soalan di sini. Masa zaman penjajahan Jepun dulu, tentera Jepun juga bunuh orang kan?

Kenapa sekarang kita boleh terima kerajaan Jepun? Komunisme adalah ideologi yang tidak sihat? Jadi apa kejadahnya perjanjian persefahaman dengan negara China? Selagi boleh kaut untung, semuanya ok?

Aku keliru. Eh silap. Aku pernah keliru. Sekarang, yang tinggal hanya rasa menyampah dan meluat. Menyampah dengan cakap2 berbau perkauman. Meluat dengan sentimen2 ‘kenegaraan’ yang dibuat buat.

Korang pernah cuba lihat Tugu Negara kita betul2? Tugu Negara yang dibina sebagai kejayaan ‘orang kita’ dalam mengharungi zaman darurat 1948-1960. Perhatikan bahawa patung2 ‘orang kita’ atau ‘pahlawan’ yang berdiri itu, ada yang aku tak pasti samada ia orang Malaysia atau tidak kerana ia berhidung mancung dan berwajah mat salleh. (atau sengaja diberi persepsi begitu? kalau aku salah, sila betulkan. tapi aku yakin bahawa tak semua org melayu dulu2 berwajah ala yusuf haslam). Manakala ‘pengganas’ atau ‘orang jahat’ yang berjaya dibunuh dan dipijak itu, semuanya sudah pasti berwajah Asia.

Read more at: http://loyarburok.com/2009/06/02/malaysia-tanahairku-dan-tanahairnya/



Comments
Loading...