S Manikavasagam perlu ditahan di bawah akta hasutan


Kelab Penyokong Maya UMNO

Pihak berkuasa kini tidak mempunyai kebebasan untuk menjalankan tugasan mereka bagi memastikan negara berada dalam keadaan selamat dan rakyat boleh hidup dengan aman dan sejahtera apabila tugasan mereka kini sering dicampuri oleh pembangkang khususnya ahli parlimen pembangkang yang berbangsa India.

Apakah pihak polis terpaksa memberikan layanan istimewa kepada penjenayah yang berbangsa Ini.

Tugasan pihak Polis bukan mahu membunuh OKT tetapi mahu mendapatkan sebanyak boleh maklumat bagi menyelesaikan kes kes jenayah dan sekiranya apa yang berlaku diluar dugaan pihak polis yang menjalankan siasatan, kes yang jarang berlaku, adalah tidak wajar bagi menuduh dan menyalahkan pihak yang sedang menjalankan tugasan dan amanah yang telah diberikan. Ajal maut di tangan tuhan.

Terbaru, seorang yang dipercayai terbabit dengan kes pecah rumah mati pada 30 Mei lalu setelah dihantar ke hospital di Port Dickson kononnya disebabkan oleh kekerasan pihak polis.Tuduhan dibuat oleh Ahli Parlimen Kapar Selangor, S Manikavasagam. Tuduhan dibuat dalam tulisan di laman web rasminya. Beliau dengan terang-terang menuduh polis bertanggungjawab di atas kematian S. Tilak dan menyifatkan ia satu lagi keganasan polis.

READ MORE HERE



Comments
Loading...