PAS jangan terlalu Overconfident


Zaid Ibrahim

Semasa saya meninggalkan dewan Stadium Melawati di mana Muktamar PAS ke-55 diadakan, seorang pemberita akhbar bertanya apakah pandangan saya tentang ucapan Dasar Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang.

Sebelum sempat saya menjawab, dia juga cepat-cepat menambah satu lagi soalan iaitu apakah perancangan besar yang PAS akan laksanakan itu akan menimbulkan kebimbangan dan keresahan dua parti lain dalam Pakatan, PKR dan DAP.

Inilah kali pertama saya hadir di Muktamar Tahunan PAS. Saya berasa kagum dengan persiapan, perjalanan dan sambutan penuh semangat oleh para perwakilan yang mengikuti ucapan Presiden. Pujian ini bukanlah kerana Pengerusi Tetap bermurah hati memperkenalkan saya, dan kerana itu saya diberi sambutan meriah daripada para Perwakilan.

Saya tertarik kerana kalau dulu PAS hanya memberi tumpuan yang agak sempit dan khusus dalam Ucapan Dasar Presiden, tetapi kali ini PAS menunjuk minat dan kemampuan yang menjangkau isu dan perspektif yang lebih luas dan menunjukkan keyakinan yang tinggi tentang peranannya sebagai sebuah parti besar dalam politik negara. Hadi telah menunjukkan perubahan bukan sahaja dari segi kupasan terhadap dasar dan pendekatan PAS, malah dari sudut peribadinya pun telah menampakkan kesanggupan serta komitmen dalam membicarakan isu yang rumit dan mencabar seperti soal ekonomi, hak asasi rakyat dan hubungan antara kaum. Ucapan beliau selama 1 jam 40 minit itu jauh bezanya dengan muktamar yang terdahulu.

READ MORE HERE



Comments
Loading...