Jangan Mudah Benci Sesama Islam


Zaid Ibrahim

Sisters In Islam (SIS) sebagai sebuah badan NGO yang ditubuhkan sejak lebih 20 tahun lalu begitu aktif bergiat dalam membantu wanita Islam mengatasi permasalahan seperti menuntut hak mereka dalam kes perceraian, tututan tanggungan (maintenance), hak penjagaan anak (custody) dan sebagainya.

SIS sentiasa memberi tunjuk ajar kepada wanita Islam supaya peka dan sedar hak mereka di bawah undang-undang negara. Mereka juga aktif memperjuangkan hak asasi manusia seperti yang dituntut oleh Islam dan nilai-nilai sejagat. Ramai peguam muda dalam latihan (chambering) turut mendapat manfaat dengan bekerja secara sukarela dengan SIS.

Oleh itu, alangkah pelik dan terkejutnya bila saya terbaca berita bahawa Muktamar PAS baru-baru ini meminta supaya siasatan dibuat ke atas SIS dan tindakan diambil terhadap mereka jika dianggap terpesong dari ajaran Islam. Selain itu, saya juga terkejut dengan kenyataan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Nordin dari Parti Keadilan Rakyat yang mendesak supaya SIS dilarang menggunakan perkataan Islam dalam nama pertubuhan itu. Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo dari UMNO juga masuk gelanggang untuk menyokong musuh politiknya dari PKR untuk mempertikaikan niat dan tujuan SIS dengan mencadangkan supaya SIS tidak boleh menggunakan perkataan Islam sebagai nama pertubuhan itu. Begitulah budaya toleransi di Malaysia hari ini, hanya Khir Toyo dan Zulkifli Nordin layak membuat penentuan siapa boleh guna Islam, siapa tidak boleh.

READ MORE HERE



Comments
Loading...