Pre dan Post Muktamar PAS – Kecelaruan yang Semakin Membusung


Muktamar Perwakilan 4 hari sudah berlalu. Dan hari ini Jawatan Kuasa Kerja Pas Pusat akan bermesyuarat bagi melantik beberapa jawatan penting – Setiausaha Agung, Bendahari, Pengarah Pilihanraya dan AJK lantikan. 

By Zulkifli bin Mahamud

Adakah PAS bertambah mantap dan dapat melingkari lompang-lompang yang wujud sebelum dan semasa bermuktamar? Dan harus di ingat di peringkat bawahan @ grassroot – muktamar rakyat baru sahaja bermula!!! Ahli dan rakyat sedang menilai PAS, bahkan ramai dah loya dan termuntah!!

Pendedahan demi pendedahan timbul semakin menyerabutkan minda dan mengocak kesabaran ahli-ahli PAS yang begitu setia mendambakan jiwa dan raga bagi kesucian perjuangan yang di bawa oleh PAS. Namun pendedahan yang menyesakkan dada ini kelihatan tiada berpenghujung walaupun sesetengah pimpinan cuba 'memujuk' agar masalah dalaman atau pertikaian ini tiadak dibicarakan secara terbuka demi kemaslahatan parti dan perjuangan – kononnya. Akan tetapi di manakah sumber ahli dan rakyat jika bukan melalui wadah blog, TV dan surat khabar untuk mengikuti perkembangan terkini?

Bagi pandangan saya jika kita terlalu menyimpan sesuatu perkara atau rahsia jika isinya terbongkar kemudiannya seperti 'Peristiwa Muqabalah Jahaman' tempoh hari lagilah buruk dan busuk kesannya. Bermacam-macam alasan dan pandangan yang menyesakkan minda dan meloyakan tekak ahli dan lawan kedengaran. Yang tahu pun bercakap dan yang tak tau apa-apa pun cuba bercakap..Al-hasilnya, kita di lihat seperti orang bodoh di mata khalayak ramai.

Justeru itu, saya meminta agar dapat kita selidiki perkara-perkara berikut akan kebenarannya dan jika terbukti benar sewajarnya satu tindakan di ambil dan jika tidak pimpinan harus bertegas mematikan perkara tersebut. 

1. Siapakah yang dimaksudkan oleh Ustaz Ahmad Awang yang menyeru agar di buat kerjasama dengan UMNO di Perak? Rumours mengatakan orang itu ialah Nasharudin Mat Isa kerana di sebut orang itu bertaraf Dewan  Harian. Jika di teliiti ahli Dewan Harian penggal lalu ialah TG Haji Hadi (tak mungkin) , Nasaharudin, Husam/Ustaz Ahmad/Mat Sabu (ketiga2nya tak mungkin), Dr Hatta & Dato' KJ (juga tak mungkin) dan Ustaz Mat Daud & Ustazah Nuridah (juga tak mungkin). Adakah ianya Nasharuddin? Kalau betul – dia melanggar ketetapan Muktamar di Perak tahun lepas. Itu sahaja pointnya.

2. Nasharuddin diberitakan bertemu dengan Pak Lah sampai ke tahap membincangkan pembahagian kerusi kabinet pada tahun lepas. Betul ini cerita lama tetapi kembali panas di sebabkan beliau kelihatan agak terliur untuk 'bersama' UMNO yang agak 'syarie' kononnya. Sampaikan bertemu Mahdi Akef di London bertanyakan kewajaran menyertai UMNO tapi malangnya di tolak oleh Mahdi Akef / Ikhwanul Muslimin.

3. Nasharudin di katakan dan mengatakan bahawa beliau tidak berkempen sebagaimana Husam. Tetapi mengapakan terdapat pimpinan kanan yang memanggil perwakilan negeri tertentu bagi di terangkan kewajaran memilih Nasaharuddin berbanding Husam dan kewajaran berbaik dengan UMNO yang umum mengetahui amat kafir di Terengganu pada pandangan sesetengah kumpulan? Bahkan terdapat pesuruhjaya negeri yang di panggil bagi menerangkan perkara ini oleh pimpinan kanan Pusat. Tentunya ada yang menuduh ini tak lain mesti pencacai UMNO… Tolonglah kaji dan selidik dahulu. Kalau perlu saya akan dedahkah negeri mana dan siapa pemimpin tersebut tapi kesannya lebih buruk. Ramai yang menyedari terdapat arahan tersembunyi agar perwakilan memilih Nasaruddin di kala Husam di serang dengan begitu teruk sekali. Sebab itu kita melihat pola pemilihan selain dari Nasahruddin – Naib2 dan AJK kebanyakkannya adalah meraka yang menentang kerjasama dengan UMNo kerana mereka tidak terikat untuk jawatan lain selain Timbalan Presiden. Dah lebih teruk dari UMNO…haa berbaik lagi dengan lanun tu.

4. Tindakan memecut dan U-turn mengejut oleh Ustaz Mat Daud amat memeranjatkan ramai ahli bawahan. Beliau mengatakan terdapat amalan politik wang dalam PAS tetapi kemudiannya menarik balik dakwaan tersebut. Hasil dari mainan media yang diolah oleh tangan jahat tertentu dalam dan luar PAS iaitu pertembungan Ulamak dan Professional – secara tidak langsung kebanyakkan mata memandang ke arah Husam kerana beliau bukan ulamak dan tidak kepada Nasahruddin sebabnya beliau Ulamak – arrgghhh liciknya.. Sebagai Ketua Dewan Ulamak, sepatutnya teliti dan kenalpasti dulu sumber dan cuba menjadi cerdik sedikit dalam mangeluarkan kenyataan kerana silap haribulan orang akan kata kita bodoh macam UMNO. Tindakan Ustaz Mat Daud sememangnya menyukarkan Husam untuk menepis serangan secara peribadi lantaran beliau tiada medium untuk menjawab.

5. Permhonan maaf oleh Norzula kepada Husam dan kerajaan Kelantan atas fitnah jahatnya tidak disambut secara hati terbuka dan sewajarnya oleh PAS. Sepatutnya Harakah memberikan liputan secara esklusif perkara tersebut dan jadikan ianya serangan balik kepada UMNO!! Ini hanya ulasan kecil sahaja.. Kenapa? Bukanlah Husam patut di puji tetapi beliau sewajarnya di bersihkan dan Kerajaan Kelantan di bawah TGNA sepatutnya di war-warkan dan dibersihkan. Adakah lebih baik Husam Dan TGNA di kesampingkan demi menjaga peluang kemenangan Nasaruddin yang di gemari oelh UMNO? Mohd Sayuti Omar yang dibayar lesen Siasahnya oleh PAS lebih kuarang RM 5,000.00 sebulan mesti lebih arif  perkara ini. Adakah wujud tangan ghaib dibelakang Harakah yang menggelapkan isu ini?

Nasaharuddin bagi saya harus berdepan dengan ahli dan massa berhubung perkara ini. Jangan melepaskan bebanan ini kepada TGHH yang mana majoriti ahli dan pendokong merasakan 'mastermind' di belakang semua ini adalah beliau. Saya tidak secara peribadi kecewa batang tubuh Husam yang kalah tetapi 'pemikiran' Husam yang paling pentingnya harus di kedepankan dan UMNO yang kafir di Terengganu itu harus di benamkan segera. Mengapa pula di berikan air penawar jampi kepada bangkai bernyawa itu? Benamkan saja UMNO.

Dengan puluhan ribu 'ulamak' dalam PAS takkan tak boleh nak dakwah DAP dan PKR agar lebih lunak dan simpati dengan Islam? Atau ini yang menghantui para 'ulamak' Pas takut tak dapat nak mendakwah orang DAP dan PKR maka lebih baik berkawan dengan orang yang ICnya sedia tertulis Islam?

Mungkin akan ada yang kata saya membelakangkan pimpinan dan menghina pimpinan tetapi kata orang tua- GURU KENCING BERDIRI MURID KENCING ATAS MOTO!! Nasahruddin mengajar saya dengan secara biadap dan keji beliau menghina TOk GUru Nik Aziz di depan media dengan mengatakan TGNA hanya memberikan pandangan peribadinya sahaja apabila TGNA mengatakan idea Unity Government ini dalah mengarut!! Kamu baru setahun jaging sudah kurang ajar dengan Tok Guru.

Hari ini timbul pula gerakan nak me'nyahkan' terus pengaruh Husam dalam AJK Pas Pusat! Percaturan agar Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nik Amar di lantik ke jawatan S/U Agung dan Ketua Penerangan agar Husam dan Mat Sabu lenyap terus semakin kuat kedengaran. Apa dah jadi ni? Adakah percaturan ini di buat agar lebih mudah komplot nak berbaik dengan UMNO? Nauzubillah….

Akhirnya saya cadangkan agar kedua-duanya – Husam dan Nasahruddin disiasat dan di bersihkan oleh pimpinan PAS PUsat atas apa dakwaan yang berlegar sekarang. Dan saya cadangkan satu perkara yang simple – dapatkan butiran SMS semasa isu muqabalah dulu dan sebulan sebelum muktamar dari handpone kedua-dua mereka dan kita teliti sama-sama. Macam kita teliti perbincangan Najib dan Muhamad Shafeei satu masa dulu… Rasanya tentu amat menarik kan?? Wassalam



Comments
Loading...