Menteri Dalam Negeri Berbohong dalam Dewan


By Cina Islam

Kuala Lumpur: Semasa menjawab soalan asal mengenai tindakan polis meneceroboh DUN Perak pada 7 Mei lepas oleh DS.Anwar Ibrahim, saya mendapati beliau cuba berbohong dengan memutar belit fakta dan memberi fakta yang bercanggah dari realiti yang sebenar yang berlaku dalam dewan.

Sebagai salah seorang ADUN Perak saya mendapati percanggahan dari fakta sebenar yang berlaku dan jawapan Hishamuddin ternyata bercanggah dengan apa yang berlaku dalam Dewan dan dari itu saya dapati dia cuba berbohong.

Apabila dia menyebut bahawa polis masuk atas arahan dan permintaan Speaker BN, Ganesan, bererti dia cuba menutup fakta mengenai bagaimana kedudukan sebenar mengenai Speaker yang sah,YB. V.Sivakumar.

Sebenarnya kedudukan V.Sivakumar maish sah bila mengarahkan 7 orang ADUN BN dan 3 ADUN bebas keluar dari Dewan. Kenapakah apabila bentara tidak mengikut arahan Speaker dan 10 orang ADUN itu tidak keluar, polis tidak membantu Speaker Sivakumar.

Jelas pihak polis double standard dan berpihak kepada BN sahaja apabila tidak menyelamatkan lebih awal dari kekecohan yang besar dengan tidak membantu Sivakumar.

Apakah kewajaran setelah kekecohan berpanjangan sekitar 5 jam, baru pihak polis mahu membantu kononnya Speaker yang dilantik dengan cara tidak sah, Ganesan.

Read more at: Menteri Dalam Negeri Berbohong dalam Dewan



Comments
Loading...